Tuesday, September 29, 2015

Politik Basi Malaysia

Politik dinegara kita sudah jahanam dan tidak berfungsi lagi. Ahli politik tidak mementingkan pengundi tetapi diri sendiri. Ramai yang mungkin doa supaya mereka cepat mati.

Perlembagaan ditafsir oleh mereka yang tidak mengerti. Perhimpunan aman dituduh sebagai pencabul demokrasi. Yang batil sentiasa dibisikkan media sehingga yang benar jadi palsu,yang palsu jadi suci.

Anehnya seolah-olah tiada siapa yang sedar bahawa majoriti rakyat menyampahkan mereka. Ramai takut terasa seperti neraka. Jika boleh mahu lari keluar negara sahaja.Tapi apakan daya,ini tanah kita.Tanah air tempat tumpah darah dan jiwa.

Menteri sudah jadi bodoh.Hari-hari berbohong membela seperti dibomoh. Rakyat tiada tempat berteduh.Dipayung juga mereka yang besar pengaruh. Muka masing-masing semakin keruh.Masih ada lagikah roh?

Cakap sana sini pun tak guna. Hari-hari mahu makan juga. Kutuk sana sini, esok roti canai kena bayar juga. Datang bil elektrik,kalau tak bayar takboleh main petik-petik.Kereta tak bayar nanti kena tarik. Pasal GST malas nak cerita.

Syarikat telco semua menipu. Topup tak habis lagi dah minta baru.Tiba-tiba datang SMS cas kredit kononya langgan lagu.Yang peliknya takkan mereka tak tahu. 

Telefon pula perkhidmatan tak pernah elok.Internet macam buat olok-olok.Inilah akibat monopoli kapitalis yang suka menjolok. Jangan sampai korang dibakar macam colok.



Saturday, June 20, 2015

UMNO dan Itik Tempang




Pada pemerhatian saya,kerajaan sudahpun tahu bahawa mereka tidak akan lagi menjadi kerajaan selepas tahun 2018. Perjuangan mereka hariini adalah semata-mata untuk mengekalkan kestabilan sehingga tahun itu sahaja.BN dan UMNO kini adalah "Lame Duck" @ Itik Tempang.

Kita dapat melihat rentetan peristiwa yang jelas menjejaskan popularity tetapi tidak diambil pusing. Najib dan Pimpinanya bukanlah bodoh.Mereka mempunyai sumber yang lebih hebat untuk meramal keputusan PRU-14. Saya yakin politikus UMNO dan BN sudah pun mengetahuii bahawa mereka sebenarnya akan ditumbangkan pilihanraya akan datang .

Pada PRU yang lalu, terdapat 18 kerusi yang dimenangi oleh BN dengan hanya 0.1 - 1% majoriti. Dan lagi 13 kerusi dimenangi dengan hanya 1- 1.99% majoriti. Total 31 kerusi menang tipis.
Ringkasnya terdapat 31 Kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti kurang daripada 2%.
Pembangkang memerlukan hanya memerlukan 23/31 kerusi sahaja lagi daripada "kerusi tipis" ini untuk menumbangkan kerajaan .Dakwaan Tun Mahathir BN akan tewas ada asasnya

Saya juga yakin bahawa mereka sudahpun mengambil jalan yang selamat dengan mengumpul kekayaan peribadi sebanyak mungkin dan terus “berpura-pura” yakin yang mereka masih mampu menerajui. Terdapat beberapa tindakan yang menunjukkan Kerajaan akan tumbang dan mereka tahu ini penamatnya.

1)      Perbelanjaan Yang Semakin Membimbangkan

Tindakan kerajaan meningkatkan perbelanjaan secara mendadak dan meninggalkan hutang adalah antara ciri –ciri pentadbiran yang akan tumbang. Ini adalah kerana jika sesebuah kerajaan itu tahu yang mereka tidak akan mempunyai kuasa lagi dimasa hadapan, sebolehnya akan cuba meninggalkan hutang dan masalah kepada kerajaan baru yang akan mengambil alih.Ini akan membolehkan “kerajaan masa depan” dipersalahkan.

2)      Pemimpin yang tidak kisah digelar lemah dan tidak popular atau bodoh

Oleh kerana sudah menyedari hakikat masa depan kekalahan,maka segala tindakan untuk melawan atau mengurangkan utiliti politikus itu sendiri akan dikurangkan. Kita lihat barisan pimpinan  kerajaan semakin kecut dan gentar untuk melawan kenyataan “kerajaan masa depan” .Mereka tidak mahu mengambil risiko politik yang akan menyusahkan mereka kelak.Populariti mereka tidak lagi dilihat penting kerana tiada lagi komitmen masa depan.
Sebahgian pemimpin juga tidak kisah digelar bodoh dan sentiasa konsisten tidak kisah menunjukkan kebodohan mereka.

3)      Penarikan subsidi minyak dan penambahan GST tanpa solusi kreatif

Terdapat korelasi yang kuat diantara keyakinan pengundi terhadapa kerajaan dengan kenaikan harga minyak. Tujuan asal penarikan subsidi dan pelaksanaan GST adalah “redistributive policy” bagi menyampaikan kebajikan dengan lebih effisyen. Walaubagimanapun,apa yang dilihat sebaliknya berlaku. Penarikan subsidi dan GST menjadi lompong  tanpa tindakan susulan  atau janji yang sewajarnya.Penarikan subisidi tanpa gantian yang kreatif untuk membantu golongan sasar adalah menunjukkan mereka tidak lagi peduli dengan populariti mereka. Pelaksanaan apa-apa polisi yang regresif seharusnya digantikan dengan faedah yang benar-benar mapan dan tepat dengan golongan sasar yang terkesan akibat polisi ini.Namun realitinya belum ada lagi satu polisi yang memberi impak yang besar terhadap keperluan pengurangan subsidi dan cukai .

4)      Pembangkang yang kurang cergas

Saya juga dapat memerhatikan aktiviti pembangkang sejak kebelakangan ini kurang cergas berbanding sebelum ini. Tempat kosong pembangkang banyak diisi oleh Tun Mahathir dan mereka seolah-olah sudah tahu yang mereka akan mengantikan kerajaan. Kesan daripada pengetahuan itu,parti-parti pembangkang lebih berminat untuk bertelagah sesama sendiri dan menyelesaikan masalah dalaman mereka dahulu.Pendek kata,Insentif untuk mereka mencari kesalahan kerajaan sudah tidak ada lagi .Kerajaan harini sudah cukup dilihat lemah dan rapuh.Oleh itu,menambah keburukan kerajaan tidak akan memberi faedah tambahan kepada mereka.


Oleh itu,saya yakin bahawa kerajaan BN akan tumbang dan mereka sememangnya sudah tahu yang mereka bakal ditumbangkan hasil daripada rentetan tindakan mereka.

Thursday, May 28, 2015

Mana yang lebih penting? Akauntabiliti atau Perwakilan?


Didalam sistem pilihanraya yang mempunyai banyak parti,secara idealnya parti-parti itu akan mewakili kepentingan masyarakat masing-masing. Sistem politik di Malaysia memmenting perwakilan berbanding akauntabiliti.

Parti yang dilantik memperjuangkan kepentingan pengundi masing-masing.
Secara ringkasnya, Kelebihan sistem demokrasi di Malaysia adalah, setiap kumpulan masyarakat itu akan mendapat wakil masing-masing dan kepentingan mereka dibawa kedalam kerajaan.
Kelebihan sistem yang mementingkan akauntabiliti pula adalah, pemimpin dengan mudah dapat disingkirkan sekiranya mereka tidak menjalankan tugas dengan baik.(Contoh ,Amerika Syarikat.)

Ciri-ciri sistem yang mementingkan Perwakilan (Representative) secara umumnya;

NEGATIF

1)      Untuk membentuk kerajaan,maka kesepakatan adalah penting.Aktiviti ini melibatkan kos,memakan masa,kadangkala pembahagian kuasa boleh jadi agak lemah dan malah tidak adil.

2)      Dalam sistem ini,jika tiada parti yang mempunyai majoriti mudah,maka Kerajaan Perpaduan perlu dibuat dan pengundi tidak tahu siapa yang efektif untuk diundi.

3)      Dalam kes tertentu juga, pengundi tidak tahu siapa untuk dipersalahkan jika prestasi Negara merudum.

4)      Perubahan sidikit sahaja sokongan awam terhadap Kerajaan Perpaduan akan mengubah formasi kerjasama.

5)      Boleh terjadi kerajaan minoriti yang dilantik.

6)      Jika mahu menukar kerajaan,terpaksa selesaikan masalah koordinasi.

7)      Parti boleh menjadi telalu kebal (king maker)

POSITIF
8)      Pendapat popular diterjemah melalui parti dan dalam pelbagai dimensi.(ada kala pendapat ini tidak penting, Green Parti atau Makkal Sakti)

9)      Pengundi beminat untuk mengundi kerana boleh jumpa posisi yang ideal dan akan membawa kepada peratusan turun mengundi yang tinggi.

10)   Boleh menyuarakan sekecil-kecil isu sekalipun.


Sebaliknya pula ciri-ciri kerajaan yang dilantik secara pluraliti atau menekankan Akauntabiliti,(seperti di Amerika Syarikat):

POSITIF
1)      Alternatif yang jelas,tidak memerlukan kerjasama yang luas.

2)      Tanggungjawab yang jelas

3)      Perubahan sokongan kecil akan menyebabkan kerajaan ditukar.

4)      Kuasa merubah besar ada pengundi-pengundi (swing voter)

5)      Tiada masalah koordinasi pengundi.

NEGATIF
6)      Kelemahan pula adalah, kita memaksa dunia yang multidimensi menjadi binari berbanding isu demi isu.

Represenative Vs Polarisation

Proportionality atau perkadaran ini akan membentuk centrifugal force (semakin besar perkadaran dalam peraturan pilihanraya, semakin besar platform itu berpola)

Tujuan trade off antara ideology dan kerusi menjadi lebih bermanfaat dengan majoriti mudah kerana mereka akan mempunyai motif untuk berpusat kepada pengundi median.

Kedua-dua parti akan memancing undi pengundi median.

Electoral Representative dapat mengurangkan polarisasi melalui dua cara;

1)      Meningkatkan tradeoff antara motif polisi (office) dan ideology.Tumpu pada central.

2)      Mengurangkan jumlah parti (Duverger) dan menampakkan keperluan platform itu supaya berbeza.




Wednesday, May 27, 2015

Apakah Yang Mempengaruhi Peratusan Turun Mengundi Dalam Sesuatu Pilihanraya?


Satu persoalan yang agak penting dalam demokrasi adalah,mengapa sesetengah negara tertentu mempunyai peratusan turun mengundi yang ramai,manakala ada yang mempunyai peratusan yang rendah pula.(Jepun mempunyai peratusan keluar mengundi yang sangat rendah). Apakah yang pengundi mahu sebenarnya daripada mengundi?

Jawapan 1: (Undian Strategik) Pengundi Mahu Memberi KESAN Kepada Keputusan Pilihanraya.
Mereka biasanya akan memulaukan calon yang tidak mempunyai harapan kerana pengundi yakin bahawa undian itu nanti tidak akan menjadi efektif.
Pengundi akan mengundi jika:
           
PB – c > 0

P=  Kebarangkalian (Probability )
B = Kombinasi (perasaan, tanggjungjawab,hormon)
C = Kos untuk mengundi

Pengundi hanya akan mengundi jika mereka percaya pada sistem pilihanraya dan undian mereka akan menpengaruhi keputusan pilihanraya. Jadi jika P itu besar, maka peratusan turun mengundi juga boleh diramalkan tinggi. Namun jika dalam pilihanraya yang getir, nilai P akan menjadi kecil.Sekiranya pengundi merasakan bahawa kebarangkalian untuk melakukan perubahan itu kecil,maka mereka tidak akan mengundi.(kita dapat lihat fenomena ini apabila pilihanraya baru-baru ini kerana kematian TGNA yang tidak ditandingi UMNO,ini menurunkan peratusan turun mengundi berbanding biasa)

B adalah kombinasi yang akan dibincangkan kemudian.

C adalah kos untuk keluar mengundi.Jika kos untuk keluar mengundi terlalu mahal,maka peratusan keluar mengundi akan berkurang. Sebab itulah Suruhanjaya Pilihanraya menetetapkan bahawa pemberian elaun kepada pengundi adalah dibenarkan dengan syarat mereka tidak perlu mengemukakan bukti parti mana yang diundi oleh mereka.


Jawapan 2 ( Sasaran Minimax): Pengundi Cuba untuk mengelak daripada terjatuh disituasi penyesalan kerana tidak mengundi.
Mereka tidak mahu mengeluh, contohnya “kalau aku mengundi,mesti sudah menang calon ini”. Jadi dengan pegangan ini juga, mereka akan memulaukan calon yang tidak ada harapan (contohnya calon bebas) kerana mereka tidak mahu sesal undian ini dibazirkan.

Jawapan 3 (Tugas): Pengundi berasa bertangjawab untuk mengundi dan merasakan ini adalah sebahagian daripada tugas mereka.
Ini juga membawa tindakan yang sama iaitu,mereka tidaka akan mengundi calon yang tidak mempunyai harapan dengan input maklumat daripada kempen dan media.


Jawapan 4 (Teruja akan kemenangan / Vicarous Dominance)
Pengundi Lelaki terutamanya akan cuba untuk merasai keterujaan memenangi pilihanraya dengan mengalahkan lawan.(Kita dapat lihat kesan ini dalam perlawanan bola sepak juga)
Atas sebab ini jugalah, mereka tidak akan mengundi calon yang mempunyai harapan dan memegundi calon yang boleh diterima.(acceptable winner)
Terdapa bukti berkenaan hal ini iaitu mereka yang menang mempunyai hormone testosterone level yang lebih tinggi berbanding mereka ang kalah (Mice; Monkeys: humans playing chess,sports)( Stanton et al ,2009)

Peraturan Pilihanraya dan Peratusan keluar mengundi

Kajian juga membuktikan Peraturan Pilihanraya juga mempengaruhi peratusan keluar mengundi. 
Secara teorinya, pilihanraya yang berbentuk nisbah perwakilan (Propotional Representative) akan merangsang pertandingan yang lebih getir (kebarangkalian yang lebih besar untuk undi efektif)
Kajian juga membuktikan yang Proportional Representative membentuk centrifugal Force.Ini bermaksud polarisasi calon akan meningkat dan faedah (didalam B) mengundi akan meningkat.
Mengapa Sesetengah tidak mahu mengundi pula? Secara teorinya juga ,pengundi merasakan bahawa kehendak mereka tidak diwakili dan undian tidak mewakili kemahuan mereka. (Ini mengurangkan nilai B).

Kesimpulan
Kita boleh melihat bagaimana dengan mengandaikan pengundi adalah rasional,kita boleh meramalkan peratusan keluar mengundi.Peratusan keluar mengundi di Malaysia adalah antara yang tertinggi didunia (PRU13 lebih daripada 85%) turun mengundi. Tidak keterlaluan untuk kita katakan bahawa masyarakat masih yakin bahawa undi mereka ada KESAN terhadap pilihanraya yang diadakan. Pengundi dilihat bermotivasi untuk menukar kerajaan atau mempertahankan kerajaan sedia ada melalui sistem demokrasi yang ada.


Sejauh Mana Sistem Pilihanraya Malaysia adil ? Perspektif Duverger Law


Institusi pilihanraya adalah satu badan yang penting dalam mempengaruhi keputusan pilhanraya. Mays theorem mengatakan bahawa peraturan pilihanraya dalam majoriti mudah yang kita guna hari ini hanya efektif apabila hanya dua parti sahaja yang bertanding.
 Efektif disini bermaksud pemenang daripada pilihanraya itu adalah dalam bentuk Condorcet (mewakili pengundi median).Jika lebih daripada dua parti yang bertanding didalam sistem majoriti mudah, maka ini akan mendedahkan sistem pilihanraya kepada manipulasi dan parti boleh bertindak secara strategik memecahkan undi. Sebagai akibatnya, pemenang bukanlah dikalangan pengundi median tetapi minoriti. Contohnya;Perkara pernah berlaku dalam situasi pilihanraya Malaysia apabila 3 parti yang bertanding, contoh UMNO,PAS dan PKR, biarpun kawasan berkenaan merupakan kubu kuat pembangkang.

Jadi kadangkala kita terperangkap dengan sistem pilihanraya yang boleh dimanipulasi dan dalam keadaan tertentu seolah-olah tidak adil. Antara contoh lain yang saya boleh fikirkan berdasarkan konteks politik semasa, pada masa akan datang, sekiranya DAP benar-benar tidak mahukan PAS untuk bersama didalam Pakatan Rakyat, mereka akan secara strategik memecahkan undi orang cina yang selama ini mengundi PAS dikawasan –kawasan tertentu.Ini bakal mengurangkan kerusi PAS di masa akan datang. Kuasa undian strategik terkini boleh dikatakan terletak ditangan DAP.

Untuk merungkai bagaimana sistem majoriti ini terdedah kepada manipulasi, kita boleh melihat konsep yang dinamakan Duverger Law

1. Menurut beliau sistem majoriti mudah dalam satu pusingan undi memberi kebaikan kepada Negara yang mempunyai sistem dua parti.

2.      Sistem majoriti mudah dengan dua pusingan undi  atau nisbah perwakilan   memberi kebaikan kepada Negara yang mengamalkan Multiparti.

Namun terdapat beberapa kritikan terhadap Duverger Law.

1)      Adakah wujud Undang-undang yang betul dalam sains sosial?

2)      Hujah Sebab dan Korelasi ,dalam keadaan sebenar sitem parti yang menghasilkan peraturan pilihanraya, bukan hanya peraturan pilihanraya menghasilkan parti.(Rokkan1970,Boix 1999)

3)      Jurang masyarakat dalam parti perlu diambil kira dalam sistem parti, peraturan pilihanraya tidak penting.(Lipset dan Rokkan 1967)

4)      Secara huraianya adalah salah: Contoh Kanada,India , UK mempunyai sistem lebih daripada 2 parti. Austria, Australia, Ireland  mempunyai 2 parti.

Walaubagimanapun disebalik kritikan-kritikan terdapat kajian empirikal yang membuktikan bahawa Duverger Law secara teorinya dapat dilihat dalam pilihanraya yang melibatkan peringkat kawasan.

Andaian tambahan yang perlu dibuat untuk melihat kesan Duverger Law adalah :

1)      Satu perwakilan wajarlah dipilih dalam satu senarai calon yang unidimensi.

2)      Pengundi prihatin terhadap dimana calon yang menang, dan mengundi boleh memberi kesan kepada hasil.

3)      Pengundi percaya dengan kebarangkalian bahawa setiap calon boleh menang.

4)      Idelogi tidaklah boleh telalu  berpecah dalam masyarakat.

Duverger Equilibria: Adalah keaadan dimana hanya dua calon sahaja yang akan diundi  dalam sesuatu pilihanraya.(Ini adalah kerana pengundi telah tahu bahawa parti mana yang akan mendapat tempat kedua). Contohnya; dalam pilihanraya di Malaysia, jika ada calon bebas yang akan bertanding,mereka amat sukar untuk mendapat undi kerna pengundi-pengundi tidak akan mengundi mereka.

Non Duverger Equlibria : Adalah keadaan dimana terdapat lebih daripada satu parti yang boleh mendapat tempat kedua. Kadangkala kita melihat bagaimana parti minority tertentu seperti Green Party boleh hidup dalam keadaan ini.Pengundi tidak pasti parti mana yang akan mendapat tempat kedua.

Daripada ini kita dapat melihat yang pengundi-pengundi tidak mahu “membazir undi “ dengan mengundi calon yang sukar untuk menang.Maka parti ketiga sukar untuk menang.

Malah dalam kajian empirikal Fujiwara 2011, bandar yang mempunyai pengundi lebih daripada 200,000 orang penduduk mempunyai kecendurungan untuk melakukan “strategic voting”. Ini akan menyebabkan kita gagal memilih pemenang Condorcet.

Kesimpulan

Jika kita melihat dari aspek undang-undang Duverger, maka sistem terbaik bagi pilihanraya di Malaysia mungkin adalah dengan menggunakan dua pusingan majoriti mudah ataupun perwakilan secara nisbah seperti yang dilaksanakan di Amerika Syarikat.(Mungkin jika sistem ini digunakan, tidak wujud “kerajaan minority” yang seringkali menjadi polemik politik harini). Ini akan mencegah daripada parti menggunakan “strategic voting” dan memanipulasi undi. Namun sesetengah berpendapat, sistem majoriti mudah yang kita guna pakai harini lebih adil dalam mewujudkan keadilan sosial diantara untuk mengurangkan jurang diantara masyarakat bandar dan luar bandar.

Politik Malaysia melalui Model Downsian,Alesina dan Citizen Candidate Models

Apakah akan Terjadi jika semua parti Politik berpegang teguh pada polisi masing-masing dalam pilihanraya?Pemerhatian dengan menggunakan model Downsian , Alesina dan Citizen candidate models.
Kita selalu melihat parti-parti politik yang mempunyai matlamat tetapi kadangkala bertukar-tukar pendirian menjelang pilihanraya. Sebagai contoh, UMNO kadangkala cuba bersikap agama dan kita juga pernah melihat PAS bersifat liberal.Pendirian parti masing-masing seolah-olah boleh ditukar ganti.
Namun sebaliknya apa akan terjadi jika mereka sentiasa “teguh” dengan polisi masing-masing?  Saya cuba untuk memahami fenomena ini dengan menggunakan dua model iaitu Downsian dan Citizen Candidate Model.

Model Downsian (pemusatan polisi ditengah)

Untuk melihat ini dengan Model Downsian,maka kita perlu membuat membuat andaian bahawa:
1.      Parti parti  bersaing dan telah mengumumkan platform polisi masing masing akan menunaikan janji mereka dan pengundi-pengundi pula tiada sebab untuk melihat yang sebaliknya berlaku.
2.      Parti yang bertanding adalah bertujuan untuk merebut kerusi kerajaan.(bukan untuk tindakan strategic atau Cuma mahu menjadi pihak ketiga)
3.      Pengundi-penundi mempunyai maklumat lengkap
4.      Polisi bersifat unidimensi dan pengundi mempunyai “single peak preferences”
Dengan kesemua andaian ini,akan turut menyebabkan hanya ada satu Nash Equilibrium dimana ,jika terdapat dua parti yang bertanding membentuk kerajaan, mereka akan mengumumkan polisi yang paling ideal kepada pengundi mendian.
Teori ini sebenarnya diaplikasi daripada teori perniagaan. Sudah semestinya ini tidak realistik jika dibandingkan keadaan yang sebenarnya. Kita melihat kadangkala banyak parti yang tidak menepati janji dan tidak melaksanakan platform polisi yang mereka umumkan.
Namun apa akan terjadi pada model ini jika kita merehatkan andaian ini?  Saya akan menfokuskan kepada implikasi dimana parti akan berpusat ditengah dan juga membincangkan dua model yang tidak mengandaikan parti untuk menepati janji.

Model Alesina (Tepati Janji)

Pertamanya,adalah Alesina model. Dalam model ini, parti diandaikan mempunyai pilihan polisi dan mereka tidak perlu menepatinya. Tapi oleh kerana pilihnaraya merupakan proses yang berulang-ulang, maka komitmen muncul secara endogenous.  Alesina mempamerkan yang equilibrium boleh wujud bilamana parti berkompromi melaksanakan satu polisi yang sama kecuali jika ada sejarah membuktikan mereka sebelum ini pernah gagal untuk melaksanakan polisi berkenaan.(Jadi parti yang menepati janji amat penting.!)
Jadi proses hubungan yang berulang-ulang ini akan menghasilkan tindakan seperti didalam Prisoners Dilemma.  Jadi kecendurungan untuk parti berpusat di median juga boleh berlaku tanpa andaian komitemen Downsian . Kita dapat melihat ini melalui polisi yang muncul secara endogenous.
Parti secara efektifnya akan mengumumkan mereka akan melaksanakan polisi dikompromi jika dipilih sebagai kerajaan, dan juga mereka akan melaksanakan polisi ini walaupun ia bukanlah polisi yang mereka gemari. Model ini mengentengahkan peranan proses hubungan yang berulang-ulang (seperti dunia sebenar) yang meransang ahli politik untuk melaksanakan janji mereka.
Downsian juga mengatakan perkara yang sama bilamana ali politik terpaksa menunaikan janji  mereka kerana khuatir akan dihukum dimasa hadapan jika mereka tidak melaksanakanya.

Citizen Candidate Model (extrim lwn moderat)

Model kedua adalah model citizen candidate model oleh Osborne & Slivinsky dan Besley & Coate. Dalam model ini , mereka membuat andaian tiada komitmen dan tiada masa depan.(berlaku secara serentak) .Jika setiap orang itu diberi peluang untuk memegang kuasa,  mereka akan melaksanakan polisi yang mereka mahukan. Apa yang dapat dilihat jelas adalah pemusatan secara separa berlaku walaupun tanpa komitmen.
Ini adalah kerana, jika pilihanraya ini ditandingi oleh calon yang extremis, satu lagi calon akan mengumumkan polisi yang sederhana. Calon akan cuba mengumukan polisi yang mempunyai hasil yang lebih baik daripada pesaingnya. Polisi akan menjadi lebih sederhana apabila “kos untuk bertanding” adalah lebih rendah berbanding dengan manfaat daripada memegang tampuk kuasa. Ini akan memastikan yang parti yang lebih bersifat sederhana akan masuk dan menang dengan apa sahaja polisi yang tidak telalu extrim.

Kesimpulan

Dalam mempertimbangkan dua model ini,maka kita melihat pemusatan boleh berlaku tanpa menggunakan andaian yang kuat berkenaan dengan komitmen polisi ang digunakan dalam model Downsian. Oleh itu,realitinya kita dapat melihat parti politik cuba untuk memenuhi kehendak pengundi teramai untuk memenangi pilihanraya .

Tuesday, May 26, 2015

Memahami Prinsip Tawar Menawar Dana Awam




Terdapat Ahli parlimen/kabinet of N= 5 individu, setiap individu mewakili setiap kawasan parliamen,mereka harus mempertimbangkan bagaimana untuk membahagi-bahagikan B > 0 (Berkaitan dengan projek dana awam ). Kos total projek itu adalah C > 0 dan, jika projek itu dipersetujui, maka kos projek berkenaan di kongsi samarata kepada setiap bahagian C/5.
Hanya bahagian pembahagian faedah adalah berdasarkan pertimbangan, untuk ditentukan melalui proses tiga fasa pembidaan berturutan. Setiap ahli parliament i mempunyai utility linear dan faedah bersih kepada kawasan parlimen mereka adalah Xi,t = b I,t –C/5  diterima pada masa t dan menerima diskaun pada kadar d ἐ(0 ,1 ), .contohnya , ui (xt) = dt-1xi,t. Didalam setiap fasa t,ahli berkenaan mempunai kebarangkalian 1/5 untuk membuat proposal seperti beriku :
Xi,t>  - C/5 dan Xi,t = B –C
Bergantung kepada majoriti yang mengundi. Jika tiada persetujuan dicapai dalam rangka masa yang diberikan, projek itu akan ditolak dan semua akan mendapat jumlah faedah 0.
i)                    Cari Subgame –perfect Nash Equlibrium .Selesaikan masalah ini dengan menggunakan “Backward Induction”.

Dalam fasa masa terakhir tawat menawar,mereka akan membida dengan memberikan tawaran  b*i3 = C/5  kepada dua lagi ahli dan akan menyimpan kesemua baki kepada diri mereka sendiri. “Nilai penyambungan” didalam fasa terakhir adalah mendapat 0. Maka tawaran itu akan lulus dengan 3 undi berbalas 2. Jadi ,subgame –perfect nilai bersih faedah adalah

X*3 = (B – 3c/5 ; 0;0 ;- C/5 ; -C/5)

Maka ,nilai penyambungan fasa kedua  untuk menolak tawaran adalah seperti dibawah:

d/5 x (B – 3C/5) – 4d/5  x  ½ x C/5 = d/5 x (B – C)

Dengan menggunakan logik yang sama sebelum ini, peruntukan fasa kedua subgame perfect adalah ( dengan utility pemeberi tawaran dinyatakan dahulu)

X*2 = ( 5-2d/5 B – 3 – 2d/5 C; d/5 (B - C) ;  - C /5 ; - c/5 )

Seperti sebelumnya, tawaran ini akan diterima dengan 3 undi berbalas 2. Yang terkakhir adalah :

d/5 x [ 5- 2d/5B – 3-2d/5 B] + 4d/5 x (1/2 x d/5 x (B –C ) – 1/ 2 x C/5) = d/5 x (B-C)

Maka, subgame perfect equilibrium allocation adalah sama dengan fasa kedua contohnya  x*1 = x *2 = ( 5-2 d/5 B – 3 -2d/5 C , d/5 (B- C) , d/5 (B-C) , - C/5 , - C/5)

2) Apakah halangan kepada mereka yang akan membuat tawaran?
Mereka yang membuat tawaran adalah lebih baik dengan membuat penawaran proposal yang bersifat equilibrium  kerana tidak mahu proses ini bergerak kefasa yang seterusnya. Jadi ini menyebabkan pembuat tawaran membuat tawaran utility equilibrium yang sekurang-kurangya sebaik nilai penyambung :

5- 2d/5 B- 3- 2 d/5 C     d/5 (B- C)
 B/C = 3- 3d/ 5 – 3d (< 1)

Kita dapat melihat nilai minma (halangan peserta) untuk kos faedah adalah kurang daripada 1 untuk mana-mana d  (0,1). Ini menunjukkan bahawa tawar menawar majority mudah mempunyai potensi untuk menghasilkan sesuatu yang tidak efficient secara social bilamana B/C < 1. Ini adalah manifestasi kepada ketidak cekapan majoriti mudah.
Dengan projek untuk kepentingan awam ini diambil daripada cukai wang yang terkumpul, maka kos ini tersebar luas kepada seluruh kawasan. Namun mereka yang mendapat faedah hanya akan membahagi-bahagikan kepada mereka yang berada didalam Minimum Winning Coalition sahaja.

Kita dapat lihat, sesiapa yang membuat penawaran, mempunyai kuasa sebagai akibat,gagal menyentah kesan negatif terhadap ahli yang tidak termasuk dalam gabungan itu. Keputusan yang seperti inilah akan membawa kepada ketidak adilan sosial.

Apakah akan terjadi bila kita menggunakan peraturan bahawa sesuatu dana itu hanya akan lulus bila semua bersetuju? (unanimity rule)

 Dibawah unanimity rule, mereka yang membuat tawaran disetiap bahagian perlu mendapatkan sokongan oleh kesemua ahli legislator. Maka, mereka ak menawarkan nilai penyambung yang akan dipersetujui oleh semua. Maka x*3 = (B-C ,0,0,0,0) .Dengan logic yang sama , kita mempunyai X*1 =  X2* = ( 5- 4d/ 5 (B-C), d/5 (B-C) , d/5 (B-C), d/5 (B-C)). Dalam kes ini, mereka yang membuat penawaran merubah halangan penyertaan kepada :

5 – 4d/5 (B-C) ≥  d/5 (B – C)
(1-   D) (B – C) ≥ 0
   B ≥ C
B/C ≥ 1
Jadi dibawah unanimity rule, masalah projek yang tidak efficient secara sosial tidak akan muncul. Sebabnya adalah kerana individu yang membuat tawaran terpaksa mengambil kira kos negatif semua ahli yang lain untuk memastikan undian penuh.