Pada
pemerhatian saya,kerajaan sudahpun tahu bahawa mereka tidak akan lagi menjadi
kerajaan selepas tahun 2018. Perjuangan mereka hariini adalah semata-mata untuk
mengekalkan kestabilan sehingga tahun itu sahaja.BN dan UMNO kini adalah "Lame Duck" @ Itik Tempang.
Kita dapat
melihat rentetan peristiwa yang jelas menjejaskan popularity tetapi tidak
diambil pusing. Najib dan Pimpinanya bukanlah bodoh.Mereka mempunyai sumber
yang lebih hebat untuk meramal keputusan PRU-14. Saya yakin politikus UMNO dan
BN sudah pun mengetahuii bahawa mereka sebenarnya akan ditumbangkan pilihanraya
akan datang .
Pada PRU yang lalu, terdapat 18 kerusi yang dimenangi oleh BN dengan hanya 0.1 - 1% majoriti. Dan lagi 13 kerusi dimenangi dengan hanya 1- 1.99% majoriti. Total 31 kerusi menang tipis.
Ringkasnya terdapat 31 Kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti kurang daripada 2%.
Pembangkang memerlukan hanya memerlukan 23/31 kerusi sahaja lagi daripada "kerusi tipis" ini untuk menumbangkan kerajaan .Dakwaan Tun Mahathir BN akan tewas ada asasnya
Saya juga yakin
bahawa mereka sudahpun mengambil jalan yang selamat dengan mengumpul kekayaan
peribadi sebanyak mungkin dan terus “berpura-pura” yakin yang mereka masih
mampu menerajui. Terdapat beberapa tindakan yang menunjukkan Kerajaan akan
tumbang dan mereka tahu ini penamatnya.
1)
Perbelanjaan Yang Semakin Membimbangkan
Tindakan
kerajaan meningkatkan perbelanjaan secara mendadak dan meninggalkan hutang
adalah antara ciri –ciri pentadbiran yang akan tumbang. Ini adalah kerana jika
sesebuah kerajaan itu tahu yang mereka tidak akan mempunyai kuasa lagi dimasa
hadapan, sebolehnya akan cuba meninggalkan hutang dan masalah kepada kerajaan
baru yang akan mengambil alih.Ini akan membolehkan “kerajaan masa depan”
dipersalahkan.
2)
Pemimpin yang tidak kisah digelar lemah dan
tidak popular atau bodoh
Oleh
kerana sudah menyedari hakikat masa depan kekalahan,maka segala tindakan untuk
melawan atau mengurangkan utiliti politikus itu sendiri akan dikurangkan. Kita
lihat barisan pimpinan kerajaan semakin
kecut dan gentar untuk melawan kenyataan “kerajaan masa depan” .Mereka tidak
mahu mengambil risiko politik yang akan menyusahkan mereka kelak.Populariti
mereka tidak lagi dilihat penting kerana tiada lagi komitmen masa depan.
Sebahgian
pemimpin juga tidak kisah digelar bodoh dan sentiasa konsisten tidak kisah
menunjukkan kebodohan mereka.
3)
Penarikan subsidi minyak dan penambahan GST
tanpa solusi kreatif
Terdapat
korelasi yang kuat diantara keyakinan pengundi terhadapa kerajaan dengan
kenaikan harga minyak. Tujuan asal penarikan subsidi dan pelaksanaan GST adalah
“redistributive policy” bagi menyampaikan kebajikan dengan lebih effisyen.
Walaubagimanapun , apa yang dilihat sebaliknya berlaku. Penarikan subsidi dan GST
menjadi lompong tanpa tindakan susulan atau janji yang sewajarnya.Penarikan subisidi
tanpa gantian yang kreatif untuk membantu golongan sasar adalah menunjukkan
mereka tidak lagi peduli dengan populariti mereka. Pelaksanaan apa-apa polisi
yang regresif seharusnya digantikan dengan faedah yang benar-benar mapan dan
tepat dengan golongan sasar yang terkesan akibat polisi ini.Namun realitinya
belum ada lagi satu polisi yang memberi impak yang besar terhadap keperluan
pengurangan subsidi dan cukai .
4)
Pembangkang yang kurang cergas
Saya juga dapat memerhatikan aktiviti
pembangkang sejak kebelakangan ini kurang cergas berbanding sebelum ini. Tempat
kosong pembangkang banyak diisi oleh Tun Mahathir dan mereka seolah-olah sudah
tahu yang mereka akan mengantikan kerajaan. Kesan daripada pengetahuan
itu,parti-parti pembangkang lebih berminat untuk bertelagah sesama sendiri dan
menyelesaikan masalah dalaman mereka dahulu.Pendek kata,Insentif untuk mereka
mencari kesalahan kerajaan sudah tidak ada lagi .Kerajaan harini sudah cukup
dilihat lemah dan rapuh.Oleh itu,menambah keburukan kerajaan tidak akan memberi
faedah tambahan kepada mereka.
Oleh itu,saya yakin bahawa kerajaan BN akan tumbang dan
mereka sememangnya sudah tahu yang mereka bakal ditumbangkan hasil daripada
rentetan tindakan mereka.
No comments:
Post a Comment