Wednesday, May 27, 2015

Sejauh Mana Sistem Pilihanraya Malaysia adil ? Perspektif Duverger Law


Institusi pilihanraya adalah satu badan yang penting dalam mempengaruhi keputusan pilhanraya. Mays theorem mengatakan bahawa peraturan pilihanraya dalam majoriti mudah yang kita guna hari ini hanya efektif apabila hanya dua parti sahaja yang bertanding.
 Efektif disini bermaksud pemenang daripada pilihanraya itu adalah dalam bentuk Condorcet (mewakili pengundi median).Jika lebih daripada dua parti yang bertanding didalam sistem majoriti mudah, maka ini akan mendedahkan sistem pilihanraya kepada manipulasi dan parti boleh bertindak secara strategik memecahkan undi. Sebagai akibatnya, pemenang bukanlah dikalangan pengundi median tetapi minoriti. Contohnya;Perkara pernah berlaku dalam situasi pilihanraya Malaysia apabila 3 parti yang bertanding, contoh UMNO,PAS dan PKR, biarpun kawasan berkenaan merupakan kubu kuat pembangkang.

Jadi kadangkala kita terperangkap dengan sistem pilihanraya yang boleh dimanipulasi dan dalam keadaan tertentu seolah-olah tidak adil. Antara contoh lain yang saya boleh fikirkan berdasarkan konteks politik semasa, pada masa akan datang, sekiranya DAP benar-benar tidak mahukan PAS untuk bersama didalam Pakatan Rakyat, mereka akan secara strategik memecahkan undi orang cina yang selama ini mengundi PAS dikawasan –kawasan tertentu.Ini bakal mengurangkan kerusi PAS di masa akan datang. Kuasa undian strategik terkini boleh dikatakan terletak ditangan DAP.

Untuk merungkai bagaimana sistem majoriti ini terdedah kepada manipulasi, kita boleh melihat konsep yang dinamakan Duverger Law

1. Menurut beliau sistem majoriti mudah dalam satu pusingan undi memberi kebaikan kepada Negara yang mempunyai sistem dua parti.

2.      Sistem majoriti mudah dengan dua pusingan undi  atau nisbah perwakilan   memberi kebaikan kepada Negara yang mengamalkan Multiparti.

Namun terdapat beberapa kritikan terhadap Duverger Law.

1)      Adakah wujud Undang-undang yang betul dalam sains sosial?

2)      Hujah Sebab dan Korelasi ,dalam keadaan sebenar sitem parti yang menghasilkan peraturan pilihanraya, bukan hanya peraturan pilihanraya menghasilkan parti.(Rokkan1970,Boix 1999)

3)      Jurang masyarakat dalam parti perlu diambil kira dalam sistem parti, peraturan pilihanraya tidak penting.(Lipset dan Rokkan 1967)

4)      Secara huraianya adalah salah: Contoh Kanada,India , UK mempunyai sistem lebih daripada 2 parti. Austria, Australia, Ireland  mempunyai 2 parti.

Walaubagimanapun disebalik kritikan-kritikan terdapat kajian empirikal yang membuktikan bahawa Duverger Law secara teorinya dapat dilihat dalam pilihanraya yang melibatkan peringkat kawasan.

Andaian tambahan yang perlu dibuat untuk melihat kesan Duverger Law adalah :

1)      Satu perwakilan wajarlah dipilih dalam satu senarai calon yang unidimensi.

2)      Pengundi prihatin terhadap dimana calon yang menang, dan mengundi boleh memberi kesan kepada hasil.

3)      Pengundi percaya dengan kebarangkalian bahawa setiap calon boleh menang.

4)      Idelogi tidaklah boleh telalu  berpecah dalam masyarakat.

Duverger Equilibria: Adalah keaadan dimana hanya dua calon sahaja yang akan diundi  dalam sesuatu pilihanraya.(Ini adalah kerana pengundi telah tahu bahawa parti mana yang akan mendapat tempat kedua). Contohnya; dalam pilihanraya di Malaysia, jika ada calon bebas yang akan bertanding,mereka amat sukar untuk mendapat undi kerna pengundi-pengundi tidak akan mengundi mereka.

Non Duverger Equlibria : Adalah keadaan dimana terdapat lebih daripada satu parti yang boleh mendapat tempat kedua. Kadangkala kita melihat bagaimana parti minority tertentu seperti Green Party boleh hidup dalam keadaan ini.Pengundi tidak pasti parti mana yang akan mendapat tempat kedua.

Daripada ini kita dapat melihat yang pengundi-pengundi tidak mahu “membazir undi “ dengan mengundi calon yang sukar untuk menang.Maka parti ketiga sukar untuk menang.

Malah dalam kajian empirikal Fujiwara 2011, bandar yang mempunyai pengundi lebih daripada 200,000 orang penduduk mempunyai kecendurungan untuk melakukan “strategic voting”. Ini akan menyebabkan kita gagal memilih pemenang Condorcet.

Kesimpulan

Jika kita melihat dari aspek undang-undang Duverger, maka sistem terbaik bagi pilihanraya di Malaysia mungkin adalah dengan menggunakan dua pusingan majoriti mudah ataupun perwakilan secara nisbah seperti yang dilaksanakan di Amerika Syarikat.(Mungkin jika sistem ini digunakan, tidak wujud “kerajaan minority” yang seringkali menjadi polemik politik harini). Ini akan mencegah daripada parti menggunakan “strategic voting” dan memanipulasi undi. Namun sesetengah berpendapat, sistem majoriti mudah yang kita guna pakai harini lebih adil dalam mewujudkan keadilan sosial diantara untuk mengurangkan jurang diantara masyarakat bandar dan luar bandar.

No comments:

Post a Comment