Tuesday, September 29, 2015

Politik Basi Malaysia

Politik dinegara kita sudah jahanam dan tidak berfungsi lagi. Ahli politik tidak mementingkan pengundi tetapi diri sendiri. Ramai yang mungkin doa supaya mereka cepat mati.

Perlembagaan ditafsir oleh mereka yang tidak mengerti. Perhimpunan aman dituduh sebagai pencabul demokrasi. Yang batil sentiasa dibisikkan media sehingga yang benar jadi palsu,yang palsu jadi suci.

Anehnya seolah-olah tiada siapa yang sedar bahawa majoriti rakyat menyampahkan mereka. Ramai takut terasa seperti neraka. Jika boleh mahu lari keluar negara sahaja.Tapi apakan daya,ini tanah kita.Tanah air tempat tumpah darah dan jiwa.

Menteri sudah jadi bodoh.Hari-hari berbohong membela seperti dibomoh. Rakyat tiada tempat berteduh.Dipayung juga mereka yang besar pengaruh. Muka masing-masing semakin keruh.Masih ada lagikah roh?

Cakap sana sini pun tak guna. Hari-hari mahu makan juga. Kutuk sana sini, esok roti canai kena bayar juga. Datang bil elektrik,kalau tak bayar takboleh main petik-petik.Kereta tak bayar nanti kena tarik. Pasal GST malas nak cerita.

Syarikat telco semua menipu. Topup tak habis lagi dah minta baru.Tiba-tiba datang SMS cas kredit kononya langgan lagu.Yang peliknya takkan mereka tak tahu. 

Telefon pula perkhidmatan tak pernah elok.Internet macam buat olok-olok.Inilah akibat monopoli kapitalis yang suka menjolok. Jangan sampai korang dibakar macam colok.