Wednesday, May 27, 2015

Politik Malaysia melalui Model Downsian,Alesina dan Citizen Candidate Models

Apakah akan Terjadi jika semua parti Politik berpegang teguh pada polisi masing-masing dalam pilihanraya?Pemerhatian dengan menggunakan model Downsian , Alesina dan Citizen candidate models.
Kita selalu melihat parti-parti politik yang mempunyai matlamat tetapi kadangkala bertukar-tukar pendirian menjelang pilihanraya. Sebagai contoh, UMNO kadangkala cuba bersikap agama dan kita juga pernah melihat PAS bersifat liberal.Pendirian parti masing-masing seolah-olah boleh ditukar ganti.
Namun sebaliknya apa akan terjadi jika mereka sentiasa “teguh” dengan polisi masing-masing?  Saya cuba untuk memahami fenomena ini dengan menggunakan dua model iaitu Downsian dan Citizen Candidate Model.

Model Downsian (pemusatan polisi ditengah)

Untuk melihat ini dengan Model Downsian,maka kita perlu membuat membuat andaian bahawa:
1.      Parti parti  bersaing dan telah mengumumkan platform polisi masing masing akan menunaikan janji mereka dan pengundi-pengundi pula tiada sebab untuk melihat yang sebaliknya berlaku.
2.      Parti yang bertanding adalah bertujuan untuk merebut kerusi kerajaan.(bukan untuk tindakan strategic atau Cuma mahu menjadi pihak ketiga)
3.      Pengundi-penundi mempunyai maklumat lengkap
4.      Polisi bersifat unidimensi dan pengundi mempunyai “single peak preferences”
Dengan kesemua andaian ini,akan turut menyebabkan hanya ada satu Nash Equilibrium dimana ,jika terdapat dua parti yang bertanding membentuk kerajaan, mereka akan mengumumkan polisi yang paling ideal kepada pengundi mendian.
Teori ini sebenarnya diaplikasi daripada teori perniagaan. Sudah semestinya ini tidak realistik jika dibandingkan keadaan yang sebenarnya. Kita melihat kadangkala banyak parti yang tidak menepati janji dan tidak melaksanakan platform polisi yang mereka umumkan.
Namun apa akan terjadi pada model ini jika kita merehatkan andaian ini?  Saya akan menfokuskan kepada implikasi dimana parti akan berpusat ditengah dan juga membincangkan dua model yang tidak mengandaikan parti untuk menepati janji.

Model Alesina (Tepati Janji)

Pertamanya,adalah Alesina model. Dalam model ini, parti diandaikan mempunyai pilihan polisi dan mereka tidak perlu menepatinya. Tapi oleh kerana pilihnaraya merupakan proses yang berulang-ulang, maka komitmen muncul secara endogenous.  Alesina mempamerkan yang equilibrium boleh wujud bilamana parti berkompromi melaksanakan satu polisi yang sama kecuali jika ada sejarah membuktikan mereka sebelum ini pernah gagal untuk melaksanakan polisi berkenaan.(Jadi parti yang menepati janji amat penting.!)
Jadi proses hubungan yang berulang-ulang ini akan menghasilkan tindakan seperti didalam Prisoners Dilemma.  Jadi kecendurungan untuk parti berpusat di median juga boleh berlaku tanpa andaian komitemen Downsian . Kita dapat melihat ini melalui polisi yang muncul secara endogenous.
Parti secara efektifnya akan mengumumkan mereka akan melaksanakan polisi dikompromi jika dipilih sebagai kerajaan, dan juga mereka akan melaksanakan polisi ini walaupun ia bukanlah polisi yang mereka gemari. Model ini mengentengahkan peranan proses hubungan yang berulang-ulang (seperti dunia sebenar) yang meransang ahli politik untuk melaksanakan janji mereka.
Downsian juga mengatakan perkara yang sama bilamana ali politik terpaksa menunaikan janji  mereka kerana khuatir akan dihukum dimasa hadapan jika mereka tidak melaksanakanya.

Citizen Candidate Model (extrim lwn moderat)

Model kedua adalah model citizen candidate model oleh Osborne & Slivinsky dan Besley & Coate. Dalam model ini , mereka membuat andaian tiada komitmen dan tiada masa depan.(berlaku secara serentak) .Jika setiap orang itu diberi peluang untuk memegang kuasa,  mereka akan melaksanakan polisi yang mereka mahukan. Apa yang dapat dilihat jelas adalah pemusatan secara separa berlaku walaupun tanpa komitmen.
Ini adalah kerana, jika pilihanraya ini ditandingi oleh calon yang extremis, satu lagi calon akan mengumumkan polisi yang sederhana. Calon akan cuba mengumukan polisi yang mempunyai hasil yang lebih baik daripada pesaingnya. Polisi akan menjadi lebih sederhana apabila “kos untuk bertanding” adalah lebih rendah berbanding dengan manfaat daripada memegang tampuk kuasa. Ini akan memastikan yang parti yang lebih bersifat sederhana akan masuk dan menang dengan apa sahaja polisi yang tidak telalu extrim.

Kesimpulan

Dalam mempertimbangkan dua model ini,maka kita melihat pemusatan boleh berlaku tanpa menggunakan andaian yang kuat berkenaan dengan komitmen polisi ang digunakan dalam model Downsian. Oleh itu,realitinya kita dapat melihat parti politik cuba untuk memenuhi kehendak pengundi teramai untuk memenangi pilihanraya .

No comments:

Post a Comment