Saturday, June 20, 2015

UMNO dan Itik Tempang




Pada pemerhatian saya,kerajaan sudahpun tahu bahawa mereka tidak akan lagi menjadi kerajaan selepas tahun 2018. Perjuangan mereka hariini adalah semata-mata untuk mengekalkan kestabilan sehingga tahun itu sahaja.BN dan UMNO kini adalah "Lame Duck" @ Itik Tempang.

Kita dapat melihat rentetan peristiwa yang jelas menjejaskan popularity tetapi tidak diambil pusing. Najib dan Pimpinanya bukanlah bodoh.Mereka mempunyai sumber yang lebih hebat untuk meramal keputusan PRU-14. Saya yakin politikus UMNO dan BN sudah pun mengetahuii bahawa mereka sebenarnya akan ditumbangkan pilihanraya akan datang .

Pada PRU yang lalu, terdapat 18 kerusi yang dimenangi oleh BN dengan hanya 0.1 - 1% majoriti. Dan lagi 13 kerusi dimenangi dengan hanya 1- 1.99% majoriti. Total 31 kerusi menang tipis.
Ringkasnya terdapat 31 Kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti kurang daripada 2%.
Pembangkang memerlukan hanya memerlukan 23/31 kerusi sahaja lagi daripada "kerusi tipis" ini untuk menumbangkan kerajaan .Dakwaan Tun Mahathir BN akan tewas ada asasnya

Saya juga yakin bahawa mereka sudahpun mengambil jalan yang selamat dengan mengumpul kekayaan peribadi sebanyak mungkin dan terus “berpura-pura” yakin yang mereka masih mampu menerajui. Terdapat beberapa tindakan yang menunjukkan Kerajaan akan tumbang dan mereka tahu ini penamatnya.

1)      Perbelanjaan Yang Semakin Membimbangkan

Tindakan kerajaan meningkatkan perbelanjaan secara mendadak dan meninggalkan hutang adalah antara ciri –ciri pentadbiran yang akan tumbang. Ini adalah kerana jika sesebuah kerajaan itu tahu yang mereka tidak akan mempunyai kuasa lagi dimasa hadapan, sebolehnya akan cuba meninggalkan hutang dan masalah kepada kerajaan baru yang akan mengambil alih.Ini akan membolehkan “kerajaan masa depan” dipersalahkan.

2)      Pemimpin yang tidak kisah digelar lemah dan tidak popular atau bodoh

Oleh kerana sudah menyedari hakikat masa depan kekalahan,maka segala tindakan untuk melawan atau mengurangkan utiliti politikus itu sendiri akan dikurangkan. Kita lihat barisan pimpinan  kerajaan semakin kecut dan gentar untuk melawan kenyataan “kerajaan masa depan” .Mereka tidak mahu mengambil risiko politik yang akan menyusahkan mereka kelak.Populariti mereka tidak lagi dilihat penting kerana tiada lagi komitmen masa depan.
Sebahgian pemimpin juga tidak kisah digelar bodoh dan sentiasa konsisten tidak kisah menunjukkan kebodohan mereka.

3)      Penarikan subsidi minyak dan penambahan GST tanpa solusi kreatif

Terdapat korelasi yang kuat diantara keyakinan pengundi terhadapa kerajaan dengan kenaikan harga minyak. Tujuan asal penarikan subsidi dan pelaksanaan GST adalah “redistributive policy” bagi menyampaikan kebajikan dengan lebih effisyen. Walaubagimanapun,apa yang dilihat sebaliknya berlaku. Penarikan subsidi dan GST menjadi lompong  tanpa tindakan susulan  atau janji yang sewajarnya.Penarikan subisidi tanpa gantian yang kreatif untuk membantu golongan sasar adalah menunjukkan mereka tidak lagi peduli dengan populariti mereka. Pelaksanaan apa-apa polisi yang regresif seharusnya digantikan dengan faedah yang benar-benar mapan dan tepat dengan golongan sasar yang terkesan akibat polisi ini.Namun realitinya belum ada lagi satu polisi yang memberi impak yang besar terhadap keperluan pengurangan subsidi dan cukai .

4)      Pembangkang yang kurang cergas

Saya juga dapat memerhatikan aktiviti pembangkang sejak kebelakangan ini kurang cergas berbanding sebelum ini. Tempat kosong pembangkang banyak diisi oleh Tun Mahathir dan mereka seolah-olah sudah tahu yang mereka akan mengantikan kerajaan. Kesan daripada pengetahuan itu,parti-parti pembangkang lebih berminat untuk bertelagah sesama sendiri dan menyelesaikan masalah dalaman mereka dahulu.Pendek kata,Insentif untuk mereka mencari kesalahan kerajaan sudah tidak ada lagi .Kerajaan harini sudah cukup dilihat lemah dan rapuh.Oleh itu,menambah keburukan kerajaan tidak akan memberi faedah tambahan kepada mereka.


Oleh itu,saya yakin bahawa kerajaan BN akan tumbang dan mereka sememangnya sudah tahu yang mereka bakal ditumbangkan hasil daripada rentetan tindakan mereka.