Dalam tulisan ini saya akan menghuraikan apakah strategi terbaik bagi PAS menghadapi DAP dan juga Strategi terbaik DAP menghadapi PAS didalam isu Hudud. Saya akan membuktikan bahawa,sekiranya PAS harini mampu mempamerkan ketegasan 2 kali ganda lebih daripada DAP dalam mempertahankan Hudud ,maka DAP akhirnya akan terpaksa akur dan menerima agenda itu didalam Pakatan Rakyat.
Kita melihat harini ada satu permainan diantara DAP dan PAS didalam isu Hudud yang sudah lama menjadi tunjang perjuangan PAS. DAP memerlukan PAS untuk bersetuju untuk tidak memasukkan Hudud didalam Pakatan Rakyat. Manakala PAS pula mahukan DAP supaya membiarkan PAS melaksanakan Hudud di negeri yang ditadbir olehnya. Namun kedua-duanya mahukan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru.
Terdapat dua kemungkinan dimasa hadapan corak kerajaan Pakatan Rakyat. Yang pertama terbentuknya kerajaan baru nanti dengan Hudud sebagai salah satu daripada komponen Pakatan Rakyat , ataupun Kerajaan baru tanpa Hudud di negeri pentadbiran PAS. Namun kedua-dua lebih selesa untuk sama-sama untuk menumbangkan kerajaan.
Kita dapat melakar bentuk strategi bagi PAS dan DAP seperti berikut:
Aktor: PAS dan DAP
Tindakan: Hudud dan Tolak Hudud
Habuan: PAS lebih cenderung untuk memilih kerajaan PR dengan Hudud (4)
DAP lebih cenderung untuk memilih kerajaan PR tanpa Hudud (4)
| DAP | |||
| PAS | 4 , 3 | 1 , 1 | |
| 0, 0 | 3 , 4 | ||
PAS akan memperoleh laba politik yang lebih apabila mereka Berjaya mempengaruhi DAP mempersetujui Hudud dengan hasil 4. DAP akan mendapat kurang daripada PAS kerana mereka terpaksa bersetuju dengan hudud tetapi berhasil membentuk kerajaan baru. (4,3)
Sebaliknya jika PAS yang menolak Hudud, maka DAP akan mendapat hasil yang lebih daripada PAS didalam kerajaan baru. Habuan kedua-duanya adalah simetri. (3 ,4)
Jika PAS berkeras dengan Hudud dan DAP pula terus membantah,maka keduanya mendapat hasil 1 iaitu masing-masing Berjaya mempertahankan prinsip.Namun mereka tidak dapat membentuk kerajaan baru. (1 ,1)
Jika PAS menolak hudud dan DAP menerima Hudud maka sudah tentulah kedua-duanya tidak mendapat apa-apa. (0, 0)
Dapat kita lihat disini ialah kedua-dua parti itu haruslah berkoordinasi untuk mendapatkan hasil yang lebih dalam perebutan kuasa ini.
Namun permasalahnya adalah PAS seringkali menukar-nukar pendirian didalam soal ini. Kadangkala mereka berkeras soal hudud,kadangkala tidak.
DAP pula mempunyai pendirian yang berbeza, kadangkala bersetuju untuk tidak bersetuju dan tidak bersetuju untuk tidak bersetuju.
Dalam hubungan jangka panjang ini, pendirian parti masing-masing berubah mengikut keadaan dan ia juga berubah mengikut suasana pilihanraya.
Maka,apakah langkah yang seharusnya dibuat oleh parti masing-masing yang mana mereka tidak pasti dengan pendirian? Disini,kedua-dua parti lebih cenderung untuk supaya kerajaan Pakatan Rakyat dapat dicapai .
DAP
| ||||
| PAS | 4 , 3 | 1 , 1 | 4y + (1-y) | |
| 0, 0 | 3 , 4 | 3 | ||
| 3x | ||||
Jadi diandaikan bahawa DAP menggunakan kebarangkalian y untuk menerima hudud dan kebarangkalian (1 – y) menolak hudud.
PAS pula mempunyai kebarangkalian X untuk membawa hudud dan kebarangkalian (1 – x) untuk menolak hudud.
Jadi apakah tindakan terbaik bagi DAP terhadap PAS?
Untuk mendapatkan keputusan,kita perlulah membandingkan hasil daripada menerima dan menolak hudud berdasarkan kebarangkalian yang ada.
DAP akan memilih hudud sekiranya:
Laba Memilih Hudud > Laba Menolak Hudud
3x < x + 4-4x
3x <-3X +4
6X< 4
X< 2/3
Oleh itu DAP akan menolak Hudud sekiranya X lebih kecil daripada 2/3.Dalam erti kata lain,Jika DAP dapat merasakan bahawa prinsip PAS untuk melaksanakan Hudud sangat kuat (iaitu lebih daripada 2/3 ) mereka akan terpaksa memilih hudud.
Apakah pula tindakan terbaik PAS bagi menghadapi DAP?
PAS akan memilih hudud sekiranya
Laba Memilih Hudud> Laba menolak Hudud
4y + (1 – y ) > 3 (1- y)
4y +1 – y > 3 – 3y
Y > 1/3
Oleh itu PAS akan mengekalkan prinsip Hudud mereka sekiranya mereka mendapat y lebih besar daripada 1/3. Dalam erti kata lain, jika PAS mendapat maklumat bahawa sekurangya 1/3 daripada tindakan DAP menerima hudud,maka PAS akan bertindak mengekalkan Hudud didalam agenda mereka dalam Pakatan Rakyat.
KESIMPULAN
Apa yang digambarkan didalam bentuk strategi ini hampir menyamai dimensi politik sebenar.Kita dapat melihat bagaimana DAP seringkali menunjukkan "penolakan total" terhadap Hudud yang dicadangkan. Ini kerana jika hanya sedikit sahaja (lebih dari 1/3) mereka mempunyai kecendurangan terhadap Hudud,PAS secara rasionalnya akan terus mengambil peluang berkenaan untuk memasukkan Hudud kedalam agenda PR. Dalam hal ini DAP dilihat perlu lebih berhati-hati berbanding PAS.
Selain itu juga, kesediaan PAS menolak Hudud lebih jelas di mata DAP. PAS pernah untuk tidak memasukkan Hudud didalam agenda mereka dengan mengantikan penubuhan Negara Islam dengan "Negara berkebajikan". Ini dilihat seolah-olah mengecilkan lagi kecendurangan PAS terhadap hudud. (iaitu x kurang daripada 2/3).DAP sedar akan hakikat ini dan pernah berjaya membuat PAS menafikan Hudud.
Oleh kerana inilah ,DAP melihat bahawa PAS boleh mengubah pendirian mereka dengan kebarangkalian yang lebih (2/3) . Jelas pada harini, DAP ternyata lebih tegas didalam menolak Hudud berbanding keinginan PAS melaksanakan Hudud.
Akhir kata, jika PAS ingin melaksanakan Hudud didalam agenda Pakatan Rakyat, mereka perlulah mempamerkan Isyarat yang "lebih jelas" dan "lebih kuat" dari aspek kepimpinan,rundingan,tindakan dan pelaksanaan. Aspek ketegasan didalam isu hudud perlu ditimbang tara dalam mana-mana perbincangan. Ini adalah kerana beban PAS untuk menyampaikan mesej yang kuat itu adalah lebih berat berbanding sekutunya. Jika PAS berjaya menampakkan ketegasan mereka lebih daripada 2 kali ganda ketegasan DAP, maka DAP pasti akan mengalah dan menerima Hudud didalam kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.
No comments:
Post a Comment