Monday, May 25, 2015

Kenapa Najib Berbohong?


Tuduhan Tun Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri baru-baru ini dilihat salah satu usaha keras memberi tekanan supaya beliau meletakkan jawatan.Jika tuduhan ini benar,maka Najib seharusnya berdepan dengan rakyat sebelum dihukum nanti. Pada pendapat saya ,berbohong dalam politik bukanlah sesuatu yang luar biasa. Secara peribadi, saya merasakan bahawa hampir semua ahli politik bercakap bohong demi mendapatkan undi. Dalam tulisan ini saya ingin merungkai mengapa Najib berbohong mengenai 1MDB .
  1. Pembangkang yang tidak produktif dan seringkali juga turut berbohong.Najib mempunyai insentif untuk tidak bercakap benar kerana pihak pembangkang juga dilihat selalu berbohong dalam menfitnah kerajaan. Malah jika tuduhan berbohong itu dikeluarkan oleh Rafizi atau Tony Pua ,sudah pasti bahawa rakyat tidak akan mudah percaya.Saya bukanlah ini meletakkan kesalahan ini kepada orang lain ,tetapi sememangya kecekapan pembangkang perlu ditingkatkan.Harini kita perhatikan mereka juga seringkali memutar belitkan fakta.Oleh kerana rasa pembohongan yang bakal dilakukan nanti mempunyai kebarangkalian tidak akan diketahui kebenaranya, atas pertimbangan tertentu,beliau pun berbohong.

     
  2. Pengundi yang seringkali lupa. Dalam janji –janji dan manifesto Barisan Nasional sebelum ini,tidak semuanya Berjaya dilaksanakan oleh kerajaan. Sebahagian daripada pelaksanaan itu mungkin cantik diatas kertas sahaja dan bukan secara keseluruhan.Begitu juga dengan kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang (contohnya kes guru KAFA dan elaun Suri Rumah)."Manifesto bukan janji" walaupun bunyinya ironi ,tetapi itulah yang sebenarnya berlaku. Biarpun pengundi ditipu,tetapi rakyat mudah lupa dengan apa yang kerajaan lakukan dahulu.Rakyat tidak menghukum pemimpin yang berbohong.Sebaliknya terus melantik mereka memegang jawatan. Ini juga menyebabkan Najib (atau sesiapapun) ahli politik tidak khuatir untuk tidak bercakap benar.

     


     
  3. Tidak menjangkakan serangan Tun Mahathir. Sebelum ini Tun tidak menyerang beliau secara serius dan bertubi-tubi.Oleh itu,beliau merasakan jika tidak bercakap benar sekalipun,tiada sesiapa pun yang akan "check and balance" hal ini.Ini kerana ahli parlimen pembangkang kebanyakanya tidak kompeten.(maaf cakap,ada ahli parlimen yang tidak fasih berbahasa melayu).Oleh itu,beliau merasakan berbohong adalah jalan yang selamat.

     
  4. Kekebalan selaku ketua Negara. Sebagai Perdana Menteri,sudah tentulah mempunyai kesitimewaan tertentu didalam melakukan sesuatu.Jika tiada sesiapa yang boleh menghukum akibat daripada melakukan kesalahan,sudah tentulah kita kurang berhati-hati melakukan kesalahan.
Bagaimana Najib boleh membersihkan namanya?
  1. Mengaku bahawa beliau tidak maklum. Jika beliau melakukan ini,maka kredibiliti beliau akan tercalar.Namun ini lebih baik daripada dilabel sebagai penipu oleh ahli-ahli UMNO sendiri.Ini harus disusuli dengan tindakan terhadap pegawai yang menyediakan jawapan balas berkenaan.

     
  2. Berdiam diri.Beliau boleh sahaja berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa terhadap tindakan berkeanaan.Walaubagaimanapun,ini perlu dibayar dengan liability politik yang lebih besar.Bebanan "penipu"itu akan dipindahkan kepada seluruh kerajaan secara umumnya. Namun rakyat mudah lupa dan tidak akan mengungkit hal ini kerana kesan ini tidak dapat dilihat secara langsung.

 

  1. Mengalihkan perhatian. Ini adalah jalan yang paling selamat dan mungkin sudah pun dilaksanakan dalam kerajaan pimpinan beliau. Isu yang lebih besar,atau dosa orang lain yang lebih berat perlu didedahkan supaya penipuan yang dilakukan oleh Najib dilihat sebagai kecil dan tidak penting.
Kesimpulan
Berbohong adalah salah dari segi agama namun setiap manusia pasti pernah berbohong sekurang-kurangnya pada diri sendiri. Pemimpin akan mempunyai insentif untuk berbohong sekiranya rakyat terus menyokong dan mengundi pemimpin yang berbohong.Kerajaan pimpinan BN dan juga PR sama-sama berbohong dan akan terus melakukanya selagi kita memaafkan mereka dengan mengundi mereka.

No comments:

Post a Comment