Sunday, May 24, 2015

Bolehkah PAS menjadi Perdana Menteri?


Dengan ramalan bahawa jumlah kerusi UMNO akan merosot pada PRU-14, maka politik Malaysia akan masuk ke fasa baru iaitu tawar menawar.(legislative bargaining).Dalam tulisan ini saya akan membuktikan bagaimana Kuasa sebagai Perdana Menteri boleh dipegang oleh PAS pada PRU -14 jika mereka membuat tawaran yang betul.

Period tawar-menawar (legislative bargaining) dilihat boleh berlaku kerana PAS mempunyai kuasa penentu dan fleksibel kepada kedua-dua bucu utama (BN dan PR).PAS menjadi parti penentu kepada kerajaan baru yang bakal dibentuk kelak jika ramalan kerusi UMNO merosot itu tepat. Kelebihan konflik dalaman PAS membolehkan mereka meletakkan diri mereka menjadi perantara kepada dua dimensi politik BN dan DAP+PKR.

Untuk membuat ramalan ini,realiti yang perlu kekal sehingga PRU14 adalah:
  1. DAP dan PKR mampu sepakat dalam PR
  2. PAS dilihat boleh memilih samaada BN atau PR (konflik professional dan ulama)
  3. Memerlukan lebih 50% kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan.
Jangkaan Masa depan PRU 14
Berdasarkan ramalan bahawa UMNO akan hilang banyak kerusi disemenanjung dan memiliki majoriti kurang daripada 50%. Versi yang dipermudahkan :
  1. BN akan memiliki kerusi hanya 40% daripada Parlimen.(88 Kerusi)
  2. PAS sebanyak 25% (55 kerusi)
  3. DAP dan PKR 35% (77 Kerusi)
Jika ini terjadi,satu fasa tawar menawar berlaku dan setiap parti perlu menawarkan kuasa berdasarkan kerusi kabinet. Sekuran-kurangnya 2 parti perlu sepakat untuk membentuk kerajaan majoriti mudah (PAS+DAP+PKR) atau (PAS+BN).
Persoalan yang saya ingin jawab adalah,berapa banyak kerusi Menteri yang harus ditawarkan oleh setiap Parti untuk membentuk kerajaan perpaduan nanti?Bagaimana PAS boleh mendapat keuntungan disebalik Konflik dalaman mereka?
Secara mudah,ada 3 peringkat yang bakal berlaku. Peringkat pertama,setiap parti akan usulkan pembahagian kuasa didalam kabinet.Jika tidak setuju, maka usul kedua akan dikemukakan. Jika tidak setuju juga,parlimen akan dibubarkan. Kita andaikan semua parti (termasuk BN) tidak mahu kerajaan dibubarkan.
Keadaan ini dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah "Backward Induction" atau Induksi kebelakangan. (Daripada peringkat terakhir ke peringkat pertama)

Peringkat ketiga (keadaan darurat)
Dalam keadaan terburuk,iaitu tiada satupun tawaran kabinet dipersetujui oleh mana-mana parti, BN akan menawarkan kabinetnya sendiri dan parti-parti lain terpaksa terima apa sahaja tawaran yang dibuat.BN akan memiliki kerajaan dengan bahagian penuh 1 @ 100% dan lain-lain parti akan mendapat 0%.Atau dalam situasi lain, tiada satupun kerajaan demokrasi dapat dipilih maka kerajaan sementara akan terbentuk dan parlimen terpaksa dibubarkan.Ini merupakan situasi terburuk dan kita andaikan bahawa setiap parti tidak mahu ini berlaku.

Peringkat Kedua
Dalam pusingan kedua, apa yang boleh ditawarkan oleh setiap parti?

BN akan menawarkan 1/3 kabinet kepada PAS dan menguasai 2/3 daripada kerusi kerajaan. Dalam kata lain,mungkin Perdana Menteri masih lagi daripada UMNO dan Timbalan Perdana menteri daripada PAS.

DAP dan PKR pula akan menawarkan 1/3 kabinet kepada PAS dan menguasai 2/3 daripada kerusi kerajaan.Dalam kata lain, Perdana Menteri Daripada DAP atau PKR dan Timbalan Perdana Menteri daripada PAS.

PAS juga walaupun minoriti dalam parlimen tetapi masih boleh membuat tawat menawar yang sama. Iaitu 1/3 kabinet ditawarkan kepada BN dan 2/3 Kabinet kepada PAS. Dalam erti kata lain, Perdana Menteri diserahkan kepada PAS dan Timbalan Perdana Menteri Kepada BN.

(Ini boleh berlaku kerana jika BN tidak menerima syarat ini,PAS akan memilih berkerjasama dengan DAP dan PKR) .Ini adalah akibat terburuk yang tidak sanggup dihadapi oleh BN.

Peringkat Pertama
Dalam peringkat ini, tawar-tawar seharusnya akan selesai. Parti akan menerima apa yang ditawarkan dan kerajaan baru terbentuk. Namun apa yang perlu ditawarkan ? Syarat minima tawaran yang perlu dibuat adalah seperti berikut.
DAP+PKR dan BN akan menerima tawaran yang mematuhi nilai yang menghitung kebarangkalian tawar menawar masuk ke pusingan kedua dan juga kebarangkalian proposal mereka diterima. Maka mereka akan menerima sekiranya PAS menawarkan;
[(1/3x 1/3kabinet) x1/2] + [ 1/3x 2/3kabinet) = 5/18 Kabinet
PAS perlu menawarkan sekurang-kurangnya 5/18 Kabinet kepada BN atau (DAP+PKR) untuk mereka tidak menolak. Sekiranya mereka menolak,ini akan membawa kepada pusingan seterusnya yang belum tentu menguntungkan mereka. Contohnya bagi memudahkan pemahaman,mungkin kita boleh bayangkan jika Kabinet ada 18 kerusi menteri, 5 menteri berkenaan mestilah daripada BN. PAS akan berkuasa memegang 13/18 daripada kabinet pada peringkat pertama usul menubuhkan kerajaan.

KESIMPULAN
Maka baki daripada kabinet tadi adalah 13/18. PAS akan memegang majority kerusi Kabinet dan sudah tentu Perdana Menteri boleh datangnya daripada PAS.
Kedudukan PAS sebagai "pivotal" (konflik hudud dan professional) sebenarnya memberi keuntungan kepada parti berkenaan dimasa hadapan.
Berdasarkan kebarangkalian tawar-menawar yang saya tunjukkan, tidak mustahil jika Perdana Menteri Malaysia datangnya daripada PAS.

No comments:

Post a Comment